Monday, July 26, 2010

Selamat datang Ke Sekolah Kebangsaan Selat Pulau

Blog ini telah siap dibina pada 26 Julai 2010. Fungsi blog ini adalah sebagai medium utama mendekatkan sekolah dan ibu bapa dalam menyampaikan maklumat berkaitan dengan anak-anak mereka yang belajar di sekolah ini. Semoga dengan kehadiran blog ini mampu merapatkan jurang diantara guru-guru dan ibu bapa. Sekaligus dapat melahirkan modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Pingpong Persahabatan SKSP vs MRSM Pasir Salak

Pada 8 Julai yang lalu, bertempat di MRSM Pasir Salak telah diadakan satu perlawanan pingpong persahabatan diantara SKSP dan MRSM Pasir Salak. Aktiviti yang dijalankan ini melibatkan guru-guru lelaki SKSP yang begitu bersemangat dan sering berlatih setiap hari bagi menghadapi perlawanan ini. Keputusan akhir, SKSP tewas kepada MRSM Pasir Salak 1-4.